Sunday, February 28, 2010

1 Mac : Orang Melayu dan Sejarah Asal Usulnya

Setelah membaca bahan yang telah diedarkan, saya ingin kamu menjawab soalan-soalan berikut :

1. Apakah kini yang kamu fahami tentang erti etimologi perkataan "Melayu" ?

2. Namakan beberapa perbezaan yang ketara mengenai orang Melayu "dulu" dan orang "Melayu" yang kamu kenali kini.

3. Sila kongsi bersama rakan-rakan yang lain alamat lelaman yang mengandungi maklumat lain / lanjut tentang orang Melayu.

Selamat bertugas...Hidup Melayu !

27 comments:

  1. 1.terdapat pelbagai etimologi yang telah diberikan kepada perkataan 'Melayu'.Etimologi-etimologi ini diberi oleh para sarjana.Ada yang mengatakan orang Melayu adalah orang-orang yang menukar agamanya,orang-orang yang tinggal di sebuah daerah,orang-orang yang suka mengembara dan macam-macam lagi.Ada juga yang mengatakan perkataan 'Melayu' berasal daripada perkataan lain seperti 'melaju'(bersifat tangkas dan cerdas) dan 'mulaya'(nama guru-guru).
    2.Orang Melayu pada zaman dahulu selalu sahaja mengambil berat tentang pantang larang nenek-moyang kita.Tetapi,pada zaman sekarang,orang-orang tidak melakukannya lagi.Orang Melayu zaman dahulu juga sopan dalam tutur bahasa mereka.Contohnya,mereka akan berpantun dengan sopan,tidak seperti orang sekarang yang hanya meminta apa yang mereka inginkan.Perhubungan antara orang-orang Melayu juga amat erat tidak seperti orang-orang Melayu zaman sekarang.Ini mungkin disebabkan kesibukan orang-orang zaman sekarang.Orang-orang Melayu dahulu juga bagai aur dengan tebing.Mereka saling tolong-menolong dalam apa sahaja yang mereka lakukan.Contohnya,pada perkahwinan jiran atau keluarga mereka,mereka akan 'rewang' untuk turut membantu.Masih ada yang melakukannya pada zaman sekarang tetapi,jarang sekali.Orang zaman sekarang lebih memilih untuk mengupah orang-orang untuk melakukannya.
    3.http://asakelate.ning.com/profiles/blogs/adab-dan-pantang-larang-makan


    -Hafizah

    ReplyDelete
  2. Nurulsyazwani 3e7

    -Ada pelbagai erti pada perkataan "Melayu"
    e.g "Melaju", penyeberang(menukar agama daripada Hindu-Buddha kepada Islam), pengembara(Orang Melayu suka mengembara) Perkataan "Melayu" berasal daripada istilah bahasa Sanskrit/Tamil. Guru-guru yang bergelar "Mulaya".Kata Melayu diambil dari nama sebuah pokok-pohon gahary.

    2)Orang Melayu dulu bergotong-royong dan menolong antara satu sama lain kerana mereka tinggal di kampung dan hidup sebagai satu masyarakat. Tetapi sekarang, kita semua tinggal di HDB dan tidak seberapa berinteraksi dengan jiran-jiran kerana kesibukan dunia. Orang Melayu sekarang sudah tidak bersikap sebagai satu masyarakat. Orang Melayu sekarang juga sudah dipengaruhi kehidupan orang putih. Pakaian dan percakapan sudah seperti orang putih. Asal-usul Melayu sudah dilupakan. Budak-budak zaman sekarang juga bersikap kurang ajar terhadap ibubapa mereka. Budak-budak Melayu dulu hormat kepada ibubapa mereka dan tidak berani melawan. Orang-orang Melayu sekarang juga sering pergi "clubbing" dan berpakaian menonjol mata. Gadis-gadis Melayu dulu berpakaian sopan santun. Baju Kurung, etc.

    ReplyDelete
  3. md faiq 3e6

    1. Istilah melayu merujuk kepada seorang yg berketurunan melayu dan menganut ugama islam. Melayu juga merupakan sesuatu bahasa dan bangsa. Melayu ialah orang yg berasal dari Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
    2. pada pendapat saya, org melayu dahulu lebih rajin daripada org melayu skrg akibat kemewahan yg terdapt pada masyarakt melayu skrg, lebih daripada kemewahan org melayu dahulu.

    ReplyDelete
  4. Syabas Syazwani dan Hafizah menarik sungguh komen yang telah kamu berdua kongsikan.

    ReplyDelete
  5. Faiq, awak ada buktikah untuk menegakkan pendapat awak tentang orang Melayu dahulu lebih rajin berbanding dengan orang Melayu sekarang ? Marah nanti orang-orang Melayu yang ada ini !

    ReplyDelete
  6. Nurul Huda Bte Hamidi 3E4 Bahasa HML

    1) Saya memahami bahawa terdapat banyak etimologi perkataan "Melayu" seperti Wendly yang menyatakan bahawa ia berasal dari perkataan "Melaju" yang kata dasarnya
    laju yang bermaksud cepat, deras dan tangkas. Ia bemberi maksud yang Orang Melayu kita ini tangkas dan cerdas dan segala kelakuan mereka cepat dan amat deras.
    Lagi satu contoh erti perkataan ini adalah penyeberang dengan bermaksud orasng Melayu menyeberang atau menukar agamanya daripada Hindu-Buddha kepada Islam yang
    disumbangkan oleh Van der Tuuk.

    2) Satu perbezaan antara orang Melayu sekarang dan dahulu adalah definisi orang Melayu yang berdasarkan sosiobudaya yang kini semakin lenyap di kalangan orang
    Melayu sekarang yang jarang mengamalkan budaya Melayu kita. Lagi satu perbezaan adalah mereka tidak mempedulikan lagi tentang tatatertib-tatatertib
    yang seharusnya diamalkan dan melakukan apa sahaja dengan memikirkan bahawa ia tidak akan mengubah apa-apa tentang pendapat bangsa lain tentang Melayu kita.

    3) http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1/pandangan-hidup-melayu
    http://www.infolanka.com/org/srilanka/hist/hist20.html
    http://wandering-troubadour.blogspot.com/2009/06/orang-melayu-orang-pelarian.html
    http://www.persadaku.org/adabtalk.html

    ReplyDelete
  7. 1. Perkataan 'melayu' itu berasal dari 'melaju' yang bermaksud tangkas dan cerdas. Ini menunjukkan bahawa orang melayu mempunyai sikap untuk segala tindakan mereka cepat dan deras.

    2. Orang melayu dahulu mempunyai sikap cepat dan deras tetapi kini, ramai yang suka berlengah dan tidak begitu cergas. Orang melayu dahulu mempunyai sifat sopan santun tetapi orang melayu sekarang tidak mempunyai sikap yang beradab seperti dahulu. Orang melayu kini jarang bertutur bahasa Melayu dan tidak mengamalkan adat istiadat orang Melayu dahulu.

    http://resam-melayu.com/2010/02/asal-usul-melayu.html
    http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm
    http://pelaminanminang.com/fakta-menarik/sejarah-asal-usul-orang-melayu.html

    Syahirah 3e4

    ReplyDelete
  8. Nora Ardilla Azman :D

    (1) Terdapat pelbagai erti etimologi perkataan 'Melayu' . Beberapa kata bahawa ia berasal dari perkataan Melayu yang bermakna cepat , deras dan tangkas . Selain itu , ada juga yang berpendapat bahawa ia bererti penyeberang .Sebaliknya , Hollander memberi makna Melayu sebagai hampir sama dengan makna pengembara .Menurut Harun Aminurrashid , perkataan Melayu bererti bukit atau tanah tinggi yang berasal daripada istilah Tamil iaitu ' Malai ' .

    (3) Lelaman-lelaman ini memberi lebih informasi tentang Asal Usul Orang Melayu .

    1. http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

    2.http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

    Cikgu , saya hutang Soalan 2 kay ! (:

    ReplyDelete
  9. Ili Humeira Taufiq 3E6 :D

    (1) Ada yang kata Melayu bermakna "melaju". Daripada kata dasarnya iaitu "laju", ia bermakana orang Melayu pantas, deras dan tangkas. Ada juga yang mengatakan Melayu bererti penyeberang. Ini memberi penjelasan bahawa Orang Melayu menyeberang atau menukar agamanya daripada Hindu-Buddha kepada Islam. Ada juga yang dikatakan bahawa Melayu bermakna pengembara. Daripada ini, ia memberi kita gambaran bahawa Orang Melayu suka menjelajah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Terdapat juga yang mengatakan perkataan Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu "Malaya" atau "Malai"(dalam bahasa Tamil). "Malai" bermakna bukit atau tanah yang tinggi. Perkataan Melayu juga dikatakan berasal daripada satu daerah di negeri Persia yang bernama "Mahaluyah". Kemugkinan besar juga ia berasal daripada nama guru-guru yang bergelar "Mulaya". Ia juga dikatakan kata Melayu diambil dengan nama sejenis pohon yang berbau wangi yang bernama pohon gaharu. Cikgu, ini baru soalan satu. Nanti malam saya selesaikan ya!

    ReplyDelete
  10. Muhd Fithri Bin Sadar(3E7)

    1. Apakah kini yang kamu fahami tentang erti etimologi perkataan "Melayu" ?

    Ya, saya sudah fahami tentang erti etimologi perkataan "Melayu". Saya dapati ada banyak pandangan pendapat yang berbeza. Satu daripadanya ialah menurut Werndly, perkataan "Melayu" datang daripada perkataan "Melaju". Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju, jadi sebutan ini menggambarkan orang Melayu sebagai orang yang bersifat cerdas dan cergas. Lagi satu pandangan pendapat, ialah menurut Harun Aminurrashid, perkataan Melayu berasal daripada istilah "Malaya".

    3. Sila kongsi bersama rakan-rakan yang lain alamat lelaman yang mengandungi maklumat lain / lanjut tentang orang Melayu.

    Ada beberapa alamat-alamat lelaman yang mengandungi maklumat lain tentang orang Melayu. Di bawah adalah alamat-alamatnya:

    ♣ http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

    ☺Lelaman ini mengandungi maklumat tentang asal usul perkataan Melayu, asal usul bangsa melayu dan perkembangan bahasa Melayu yang dibahagikan kepada tiga tahap utama iaitu:

    * Bahasa Melayu Kuno
    * Bahasa Melayu Klasik
    * Bahasa Melayu Moden
    ☺Juga, terdapat peta minda yang menunjukkan asal usul orang Melayu.

    1. Apakah kini yang kamu fahami tentang erti etimologi perkataan "Melayu" ?

    Ya, saya sudah fahami tentang erti etimologi perkataan "Melayu". Saya dapati ada banyak pandangan pendapat yang berbeza. Satu daripadanya ialah menurut Werndly, perkataan "Melayu" datang daripada perkataan "Melaju". Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju, jadi sebutan ini menggambarkan orang Melayu sebagai orang yang bersifat cerdas dan cergas. Lagi satu pandangan pendapat, ialah menurut Harun Aminurrashid, perkataan Melayu berasal daripada istilah "Malaya".

    3. Sila kongsi bersama rakan-rakan yang lain alamat lelaman yang mengandungi maklumat lain / lanjut tentang orang Melayu.

    Ada beberapa alamat-alamat lelaman yang mengandungi maklumat lain tentang orang Melayu. Di bawah adalah alamat-alamatnya:

    ♣ http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

    ☺Lelaman ini mengandungi maklumat tentang asal usul perkataan Melayu, asal usul bangsa melayu dan perkembangan bahasa Melayu yang dibahagikan kepada tiga tahap utama iaitu:

    * Bahasa Melayu Kuno
    * Bahasa Melayu Klasik
    * Bahasa Melayu Moden
    ☺Juga, terdapat peta minda yang menunjukkan asal usul orang Melayu.

    ReplyDelete
  11. 1) Saya telah fahami bahawa ada lebih daripada satu pendapat tentang perkataan 'Melayu'.
    salah satu daripadanya ialah, menurut Werndly, perkataan Melayu berasal daripada
    perkataan 'melaju'. Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju yang bermakna cepat,
    deras dan tangkas. Daripada sebutan ini, difahami bahawa orang Melayu bersifat tangkas
    dan cerdas. Segala tindak tanduk mereka cepat dan deras.Van der Tuuk pula berpendapat,
    perkataan melayu bererti penyeberang dengan membawa maksud bahawa orang Melayu menyeberang atau
    menukaragamanya daripada hindu-Buddha kepada Islam.Hollander juga mempunyai pendapat yang hampir
    sama pengertiannya dengan pengembara.Dia berkata bahawa orang Melayu suka mengembara atau menjelajah
    dari satu tempat ke tempat yang lain.

    2) Pada pendapat saya, orang Melayu "dulu" lebih rajin dan bersopan santun. Mereka sangat beradab. Mereka
    menghormati perempuan dan mereka juga tidak meninggikan suara terhadap orang tua. Namun, ramai anak Melayu zaman
    sekarang suka membuang masa mereka dengan "me-lepak" di bawah blok. Mereka sangat biadab dan mereka tidak
    menghormati kaum Hawa. Mereka akan meninggikan suara mereka jika tidak puas hati dengan seseorang mahupun ibubapa mereka.

    3)http://hamirdin.blogspot.com/2008/07/sifat-orang-melayu.html

    Lelaman ini mengandungi maklumat tentang sifat orang Melayu.Orang Melayu dikatakan sangat berani semasa berjuang.Orang
    melayu juga terkenal dengan sifat lemah lembut, berbudi bahasa, sopan dan santun dan lain-lain lagi.

    Alfi.

    ReplyDelete
  12. Faiz 3E6
    1)Terdapat pelbagai pendapat tentang etimology Melayu . Pada zaman dahulu , kebudayaan orang Melayu asal dari 'Hinduism' dan 'Buddhism' sebelum menukar agamanya pada abad kelima belas . Mengikuti satu teori popular , perkataan Melayu bermakna 'berpindah' dan 'melarikan diri' ataupun 'Melaju' , iaitu 'mempercepatkan' . Mengikuti daripada perkataan Tamil pula ialah 'Malai' , merujuk kepada alam semula jadi berbukit di Kepulauan Nusantera Melayu . Untuk menamatnya , etimology Melayu tidak khusus .

    2) Orang Melayu dahulu mementingkan budaya ,bahasa dan juga akhlak .
    -> Budaya : Orang Melayu dahulu mengikut cara 'kerajaan' dan orang-orang Melayu akan pakai pakaian tradisional Melayu kemana-mana mereka pergi . Orang-orang moden Melayu kini tidak menghuraikan pakaian sebegitu seperti kanak-kanak zaman ini . Mereka berpakaian sesuka hati mereka untuk nampak kemas .

    -> Bagi bahasa , ia hampir sama bagi akhlak . Orang dahulu mementingkan bahasa mereka . Moden tidak .

    Faiz 3E6

    ReplyDelete
  13. Hazim 3e8
    1)Setelah membaca bahan ini saya mengetahui bahawa etimologi perkataan Melayu tidak tentu tetapi banyak hipotesis telah diberi oleh para sarjana contohnya menurut Van der Tuuk perkataan itu bererti penyeberang kerana dulu hampir semua orang Melayu menukar agama dari Hindu-Buddha ke Islam. Menurut lelaman web wikipedia pula, dalam sejarah Jambi, etimologi Melayu berasal dari Sungai Melayu berdekatan dengan Sungai Batang Hari. Banyak lagi hipotesis yang diberi oleh sarjana-sarjana lain.

    2)Orang Melayu "dulu" dilihat sebagai orang yang berbudi bahasa dan lembut gerak-gerinya tetapi kini orang melayu seakan-akan tidak ingat tentang sejarah mereka dan apa orang dulu-dulu berfikir tentang orang melayu sebagai orang yang alim dan berbudi bahasa. Kini orang melayu melibatkan diri mereka di dalam perbuatan yang tidak baik. Ini boleh dibuktikan dengan menaip perkataan "Melayu" di Google dan tekan "search" anda akan lihat perkara yang tidak baik yang mencerminkan orang melayu kami.

    3) http://en.wikipedia.org/wiki/Malays_(ethnic_group)

    ReplyDelete
  14. Muhammad Syafiq Bin Sulaiman
    3E5
    HML


    Istilah Melayu terdapat di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.
    Melayu merujuk kepada nama bangsa atau bahasa.


    Pada pendapat saya;
    Di kampung dulu, kehidupan penduduk tidak begitu mewah tetapi tidak ada
    masalah akhlak, bukan seperti zaman sekarang, di mana terdapat kes rogol, seks bawah umur, pengambilan dadah, dan macam-macam lagi perbuatan tidak senonoh.

    [-->Semua budak-budak bermain sekali tanpa memikirkan hal-hal
    "lelaki-perempuan".
    Sekarang, masyarakat khuatir nak perempuan kita ketika bermain dengan budak lelaki
    yang sama sungguhpun umur masih kecil dan mereka
    sebaya.]
    [-->Dahulu ramai budak-budak Melayu mengaji di rumah seorang Tok Guru
    Sekarang budak-budak lebih membazir masa di pusat-pusat membeli belah.]

    (Contoh-contoh di atas diambil dari laman www.mail-archive.com/sahabatinteraktif@yahoogroups.com)

    Lelaman-lelaman di mana terdapat maklumat tentang Melayu ialah:

    -->http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu
    -->http://wwwsaifqistina.blogspot.com/2009/05/asal-usul-melayu.html

    ReplyDelete
  15. oops, maaf terletak dua kali.....fithri

    ReplyDelete
  16. Tidak mengapa Fithri, mungkin kamu boleh hantarkan yang baru nanti. Setelah berbuat demikian, beritahu saya upaya saya boleh padam yang mana patut.

    ReplyDelete
  17. Syabas kepada mereka yang telahpun menghantar komen masing-masing. Saya rasa ada 4-5 prang pelajar yang masih belum berbuat demikian. Saya faham ada yang mengalami masalah teknikal. Walau apapun, saya harap kamu akan hantarkan sebelum hari Jumaat ini ya !

    ReplyDelete
  18. NURIN FARISAH BINTE MOHD BOHARI.
    1) Saya fahami bahawa Melayu mempunyai pelbagai definasi yang berbeza. Menurut sejarah, Melayu mendapat pelbagai definasi-definasi tersebut oleh pendapat-pendapat orang Melayu dahulu. Ada yang menyatakan bahawa perkataan Melayu dicipta kerana sifat ornag Melayu yang cerdas dan tangkas. Malahan, ada juga yang berkata bahawa ia dicipta kerana tempat asalnya. Erti etimologi perkataan 'Melayu' tidak mempunyai definasi yang tetap. Ia sering berubah dan berkembang. Ini membuat saya keliru dan bingung tentang etimologi perkataan 'Melayu'.

    2)Orang-orang Melayu dahulu mengamalkan budaya dan adat Melayu dengan ketara. Malahan, orang-orang Melayu sekarang tidak selalu menjalankan adat-adat Melayu yang ada. Orang Melayu dahulu juga menjalani hidup dengan berburu dan menghuni gua-gua. Mereka juga berpindah-pindah daripada satu tempat ke tempat yang lain dan menjalankan cara hidup kanibalisme. Faktor ini dibuktikan dengan gua-gua yang terdapat dan alat-alat yang dijumpa di tempat-tempat yang telah dihuni oleh orang Melayu dahulu.




    3) http://www.stp.nie.edu.sg/images/Trainers'%20Work/ML/kertaskerja%20MABBIM%202007.pdf

    ReplyDelete
  19. Hi cikgu! Sabina(3E4) disini. Ini jawapan saya…

    1. Erti etimologi perkataan "Melayu" berasal daripada perkataan "Melaju" iaitu pada kata dasarnya, bermakna cepat, deras dan tangkas. Ini membawa pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas serta cerdas dan tindak tanduk mereka cepat dan deras. Hollander pula berhelah bahawa pengertiannya hampir sama dengan pengembara. Beliau tegaskan bahawa orang Melayu suka mengembara atau menjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain.

    2. Ada beberapa perbezaan yang ketara antara orang Melayu kini dan orang Melayu dahulu. Antaranya ialah orang Melayu kini mempunyai sifat lebih mengejar masa dan orang Melayu dahulu disebaliknya mempunyai sifat meluangkan masa. Oleh kerana kesibukkan masa kini, sebagai manusia, kami tidak boleh membuang masa. Setiap detik harus digunakan untuk melakukan sesuatu kerja.
    Juga dalam segi tabiat dan perangai, anak anak orang dahulu sungguh berdikari dan matang walaupun mereka tidak terdedah kepada persekolahan terutama sekali kaum Hawa. Kaum Hawa selalunya ditetapkan di dapur untuk menguruskan rumah. Tetapi, pada masa kini, anak anak remaja dan juga anak-anak yang mencetus usia remaja tidak tahu cara menguruskan rumah seperti memasak dan sebagainya.
    Pada zaman dahulu, sebuah keluarga mengandungi ramai anak dan ibu-bapanya berumur muda. Pasangan suami-isteri selalunya ditentukan oleh ibu-bapa mereka. Mereka juga dinikahkan pada usia yang amat muda. Tetapi pada zaman sekarang, hampir semua pasangan tidak menjalankan proses ini. Orang Melayu zaman sekarang lebih suka mencari pasangan mereka sendiri. Semakin lama, semakin ramai orang Melayu yang melengah-lengahkan untuk berkahwin demi mengejar cita-cita mereka dalam bidang pekerjaan.

    3. (A) Maafkan Kami - P. Ramlee.
    - http://www.youtube.com/watch?v=sTGduR4ebNM&feature=related.
    - Dari video ini saya dapat pelajari bahawa orang Melayu harus mempunyai sifat bermaaf-maafan antara satu sama lain. Ini juga bersimpulan dengan adat dan budaya orang Melayu.


    (B) Mencece - P. Ramlee.
    - http://www.youtube.com/watch?v=9yPWo5Mpmvs
    - Video ini memberi saya pengajaran bahawa orang Melayu terutama sekali "bujang-bujang" di luar sana harus bersifat bertanggung-jawab. Mereka tidak sepatutnya "mencece" dan tidak berusaha untuk mencari perkerjaan bagi menanggung keluarga mereka. Mereka harus melihat situasi itu sebagai sesuatu hal yang sangat perlu.

    (C) Alhamdulillah - Too Phat Ft. Yassin.
    - http://www.youtube.com/watch?v=CdYyWpvlhc0
    - Dari sini, saya pelajari betapa pentingnya bagi kami untuk melalukan sesuatu kerja dengan hati yang terbuka iaitu dengan penuh keikhlasan. Kami harus menghindari dari kerja-kerja yang menjijikan. Kami juga harus bersifat syukur dengan segala apa rezeki yang diberikan. Orang Melayu harus sentiasa bersyukur dan jangan lupa diri dalam segala aspek kehidupan.

    ReplyDelete
  20. 1. Erti Etimologynya adalah bahawa ia berasal dpd perkataan "Melaju" yg bererti cepat,deras & tangkas. Daripada situ,kami dpt pengertian bahawa orang melayu bersifat tangkas & cerdas.


    2. Orang Melayu pada zaman dahulu lebih bersopan santun dan segala tindak tanduk mereka cepat & deras. Tetapi, pada zaman kini, orang melayu telah ramai hilang adab dan tidak lagi membuat sesuatu dgn tangkas dan cerdas. Sayangnya,budaya melayu juga terhilang sesama masa. Ini kerana orang ramai telah dipengaruh oleh 'trend' masa kini.


    3.
    -http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/bab1.html

    -http://kedah.edu.my/kewangan/images/fail/asal%20usul%20bahasa%20melayu.pdf


    INSYIRA 3E4

    ReplyDelete
  21. Sri Nurul Shahirah [3e8] :]

    1. Perkataan "Melayu" berasal daripada pelbagai perkataan seperti "Melaju", "Malaya", "Malai", "Malayo", "Mulaya" dan banyak lagi. Mereka mempunyai makna yang positif seperti cepat, deras, tangkas, bukit yang tinggi, nama guru-guru zaman dahulu dan sebagainya. 8)

    2. Orang Melayu sekarang menghabiskan waktu dengan membuat perkara yang tidak berfaedah seperti memain komputer. Manakala, pada zaman silam tiada sebarang teknologi seperti komputer atau alat-alat elektronik. Lagi pula, orang Melayu zaman sekarang juga boleh mendapatkan pendidikan yang baik disebabkan mereka mempunyai wang untuk berbuat demikian. Orang zaman dahulu tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan pendidikan. Oleh itu, remaja-remaja sekarang harus belajar dengan bersungguh-sungguh. :]

    3. Ini sebuah lelaman tentang Islam, tetapi dalam bahasa Inggeris. :D
    http://www.islam.com/

    ReplyDelete
  22. DanIal 3e8
    1.Saya fahami bahawa terdapat banyak pendapat tentang erti etimologi perkataan 'Melayu'.Salah satu pendapat adalah perkataan 'Melayu' berasal dari perkataan 'melaju'.Kta dasarnya dari perkataan 'laju' yang menunjuk bahawa orang Melayu zaman dahulu cepat,deras dan tangkas.

    2.Orang Melayu zaman dahulu berbudi bahasa dan lemah lembut.Mereka tidak suka gaduh.Orang melayu zaman sekarang tidak bersopan santun dan suka gaduh.Mereka tidak mengambil berat tentang budaya mereka dan remaja-remaja tidak menggunakan bahasa melayu apabila berbual dengan kawan-kawan mereka.

    ReplyDelete
  23. Adakah projek 4 minggu ini keseluruhannya berdasarkan kerja kumpulan, cikgu?

    ReplyDelete
  24. Nurhazirah 3E6

    1. Terdapat beberapa erti etimologi perkataan “Melayu”. Ada yang berkata bahawa ia berasal daripada perkataan “melaju”. Perkataan ini bermakna cepat, deras dan tangkas dan dari itu diberi pengertian bahawa orang Melayu bersifat tangkas dan cerdas; segala tindak tanduk mereka cepat dan deras. Ada juga yang berpendapat bahawa perkataan Melayu bererti penyeberang, dengan pengertian bahawa orang Melayu menyeberang atau menukar agamanya daripada Hindu-Buddha kepada Islam. Sebaliknya, ada yang memberi makna Melayu sebagai hampir sama pengertiannya dengan pengembara.

    2. Terdapat beberapa perbezaan antara orang Melayu dulu dan orang Melayu sekarang. Orang Melayu dulu boleh dikatakan lebih beradat, bersopan santun dan berbudi bahasa apabila dibandingkan dengan orang melayu sekarang. Dulu, orang Melayu boleh dikatakan orang yang lemah lembut dan bersopan santun dengan bahasanya. Kini, ramai orang Melayu yang kelihatan tidak mempunyai ciri-ciri orang Melayu. Seperti contoh, terdapat banyak kes yang terlibat di antara oarang-orang Melayu yang kurang sopan dan juga tidak baik. Juga, remaja dahulu sangat menghormati orang-orang tua terutama sekali ibubapa mereka. Mereka amat beradab apabila berbual dengan mereka. Bahasa yang mereka gunakan juga amat sopan sekali. Jika dibandingkan dengan zaman kini, ada yang kurang menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka berbual dengan orang-orang tua seperti mereka berbual dengan kawan mereka sendiri. Juga orang Melayu pada zaman dulu lebih bergotong-royong dan sering tolong-menolong antara satu sama lain apabila dibandingkan dengan orang sekarang. Mungkin disebabkan dengan keadaan kita tinggal. Dulu, orang Melayu tinggal di kampong-kampung di mana mereka tinggal berbekataan antara satu sama lain. Apebila adanya sesuatu majlis, mereka akan bergotong-royong untuk melaksanakn majlis itu. Mereka akan tolong-menolong dan berkerjasama bagi melaksanakan majlis itu. Kini, orang Melayu tinggal di rumah pangsa dan mereka jarang sekali bergotong-royong jika adanya sesuatu majlis. Mereka kebanyakannya mengupah orang untuk membuat kerja. Ini mungkin kerana orang-orang Melayu kini semakin sibuk untuk mencari duit di dalam zaman yang semakin canggih ini. Oleh itu, orang-orang Melayu tidak serapat seperti orang-orang Melayu dulu. Dengan dunia yang semakin canggih ini, ramai anak Melayu ingin mengikut trend masa kini. Kini terdapat alat-alat teknologi yang semakin canggih yang pada zaman dahulu tidak ada. Kebanyakan remaja-remaja akan menghabiskan masa dengan alat-alat ini dan banyak masa yang terbuang dengan melakukan perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat. Walau bagaimanapun, kerja-kerja yang hendak dilakukan semakin pantas dilakukan. Apabila dibandingkan dengan zaman dulu, orang-orang Melayu tidak mempunyai alat-alat yang canggih seperti demikian. Malanganya, kerja banyak dilakukan dengan tenaga manusia dan ia banyak menghabiskan masa dan tenaga.

    3.
    http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/bab1.html

    http://hamirdin.blogspot.com/2008/07/sifat-orang-melayu.html

    http://mencandat.blogspot.com/2008/08/dilema-atau-sifat-azali-orang-melayu.html

    ReplyDelete
  25. saya nadhyrah! disini..
    maaf saya hantar tugasan ini lamabat(:

    SOALAN 1:

    Daripada text yang diberikan, saya dapat fahami bahawa perkataan Melayu itu tidak mempunyai sebuah definasi yang tetap. Malah,defianasinya berbeza mengikut daerah dan tempat dimana perkataan Melayu digunakan.Dari pandangan saya,faktor-faktor yang memepengaruhi berlainannya definasi bagi perkataan Melayu ialah dari segi sejarahnya,
    unsur-unsur agama dan perbezaan dari istiadat mengikut lain-lain puak. Ini semua berlaku kerana pandangan orang yang berlainan,bak pepatah Melayu,‘rambut sama hitam,hati lain-lain.Saya rasa ini semua memainkan peranan yang amat penting dalam identiti kami sebagai seorang Melayu.. Jika kami sendiri tidak tahu asal usual Melayu,kami tidak akan dapat memnaggil diri kami sebagai seorang Melayu dengan bangganya..

    SOALAN 2:

    Perebezaannya amatlah ketara. Orang Melayu dulu mudah diperdaya dan mempercayai cerita-cerita dari mulut orang kampung kerana mereka semuanya cetek pengetahuan. Namun,Melayu moden sekarang sudah maju,lebih berilmu.Tetapi sedihnya,orang kita sekarang sudah lupakan adat Melayu nenek moyang kita.melayu sekarang semua tidak percaya akan cerita-cerita dongeng,
    petua-petua,pantang larang dan bermacam-macam lagi. Orang kita sekarang lebih dipengaruhi oleh budaya Barat yang banyak merosakkan akhlak seseorang itu,dari budaya Melayu sendiri.Orang Melayu moden lebih senang dengan budaya Barat dari budaya sendiri. Malah,mereka lebih selesa dnegan pakaian orang Barat yang kurang sopan,dari pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung dan kebaya.. Kami juga lebih gemari meraihkan majlis-majlis yang istimewa megikut adat Barat dari adat sendiri. Contohnya,hari jadi masa moden selalunya disambut dengan adanya hiburan dan parti. Bezanya dari dulu,hari jadi jarang disambut dengan meriahnya. Malah,jika disambut,hanya bacaan doa kecil-kecilan yang diadakan. Dengan keadaan orang Melayu zaman moden ini,ia sungguh menyedihkan keran jika bukan kita,orang Melayu, yang mengamalkan ini semua,orang Melayu mana lagi yang akan lakukannya.. Janganlah samapai Melayu hilang di dunia....

    ReplyDelete
  26. Cikguuuu!.. maaf,saya terlupa soalan3.hahaa..
    nadhyrah! disini..

    SOALAN 3:
    (a)Asal Usul Melayu
    http://www.youtube.com/watch?v=eMjjzY0qo40

    (b)Asal Usul Bahasa Melayu

    http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

    ReplyDelete
  27. Muhammad Fithri Bin Sadar(3E7)

    1. Apakah kini yang kamu fahami tentang erti etimologi perkataan "Melayu" ?

    Ya, saya sudah fahami tentang erti etimologi perkataan "Melayu". Saya dapati ada banyak pandangan pendapat yang berbeza. Satu daripadanya ialah menurut Werndly, perkataan "Melayu" datang daripada perkataan "Melaju". Perkataan ini berasal daripada kata dasar laju, jadi sebutan ini menggambarkan orang Melayu sebagai orang yang bersifat cerdas dan cergas. Lagi satu pandangan pendapat, ialah menurut Harun Aminurrashid, perkataan Melayu berasal daripada istilah "Malaya".

    2. Namakan beberapa perbezaan yang ketara mengenai orang Melayu "dulu" dan orang "Melayu" yang kamu kenali kini.

    Melayu zaman ini telah sedikit sebanyak berubah kepada perwatakan yang lebih destruktif dan mementingkan diri. Setiap hari terpampang di surat khabar berita-berita tentang bagaimana orang Melayu memperkosa, merompak, membunuh, membuat jenayah seks dan jenayah keganasan. Ini jauh berbeza dari orang Melayu dulu, yang tidak melakukan sebegini.

    Juga, golongan Melayu kini pula tamak dan tidak tahu prioriti hidup. Golongan yang atas tidak mempedulikan golongan bawah. Ini menyebabkan kemiskinan menjadi masalah utama kepada bangsa Melayu. Kalau untuk orang-orang Melayu dahulu, kebanyakan mereka yang lebih kaya tidak begitu sombong dan menderma.

    Dari segi pemikiran pula, orang Melayu masih berfikiran reaktif dan tidak proaktif, iaitu bertindak selepas sesuatu perkara berlaku. Orang Melayu juga tidak berfikiran saintifik dan rasional. Apabila bertindak, mereka ikutkan hati. Tidak hairanlah kes-kes mengamuk terdiri daripada orang Melayu juga. Bagi orang-orang Melayu dahulu pula, mereka lebih bersabar dan selalu mengambil inisiatif apabila melakukan sesuatu.

    3. Sila kongsi bersama rakan-rakan yang lain alamat lelaman yang mengandungi maklumat lain / lanjut tentang orang Melayu.

    Ada beberapa alamat-alamat lelaman yang mengandungi maklumat lain tentang orang Melayu. Di bawah adalah alamat-alamatnya:

    ♣ http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

    ☺Lelaman ini mengandungi maklumat tentang asal usul perkataan Melayu, asal usul bangsa melayu dan perkembangan bahasa Melayu yang dibahagikan kepada tiga tahap utama iaitu:

    * Bahasa Melayu Kuno
    * Bahasa Melayu Klasik
    * Bahasa Melayu Moden
    ☺Juga, terdapat peta minda yang menunjukkan asal usul orang Melayu.

    ♣http://uniprof.wordpress.com/2008/06/04/psikologi-bangsa-melayu-dulu-dan-kini-siri-2/

    ReplyDelete