Hari ini semua kumpulan telahpun berkongsi kertas cadangan masing-masing. Setiap kumpulan yang mendengar pembentangan rakan-rakan dikehendaki membuat catatan - iaitu kekuatan dan kelemahan peojek yang bakal dilaksanakan. Maklum balas yang membina sahaja yang diperlukan daripada setiap kumpulan yang mendengar pembentangan. Catatan yang dibuat haruslah diberikan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan kumpulan yang berkenaan haruslah rujuk ruangan ini untuk lihat sama ada terdapat komen yang membina yang diajukan kepada kumpulan kamu.
Harap maklum
Monday, March 8, 2010
Sunday, March 7, 2010
8 Mac 2010 - Kertas Cadangan
Pada hari ini kamu akan berbincang dengan kumpulan masing-masing bagi menyediakan kertas cadangan tentang projek yang bakal kamu laksanakan. Sediakan kertas cadangan yang lengkap dan menarik agar dapat sokongan dan pengesahan daripada rakan-rakan dan juga saya. Bentangkan kertas cadangan kamu itu dalam bentuk MS PP esok. Setiap anggota kumpulan wajib mengambil bahagian dalam pembentangan itu kelas. Dalam kertas Cadangan kamu harus mengandungi :
1. Tajuk projek kamu.
2. Fokus projek.
3. Perkara-perkara penting yang akan kamu ketengahkan dalam projek kamu ( pecahan kandungan projek ).
4. Cara penyampaian ( MS PP alat utama, lakonan ? Video ? Podcast ? Pantun ? Lagu ? )
5. Nyatakan bahan-bahan yang bakal digunakan untuk mengukuhkan projek kamu ( alamat lelaman, tajuk majalah, suratkhabar, buku dan lain-lain ).
Selamat bertugas !!

Monday, March 1, 2010
Projekku ! 2 Mac 2010
Terdapat 5 tema yang akan diselidiki dengan secara lebih mendalam. Setiap kumpulan ditugaskan untuk fokus kepada tema pilihan dan mencari bahan bagi dijadikan bahan projek. Tema-tema tersebut ialah :
a)Bahasa Melayu ( Syazwani, Hafizah, Huda, Shahirah)
b)Islam & Kebudayaan Melayu (Hazim,Syafiq, Faiq, Faiz )
c)Nilai dan Etika Masyarakat Melayu ( Nurin, Nadhirah, Insyirah, Syahira)
d)Pendidikan ( Fithri, Alfi, Danial )
e)Permainan Rakyat ( Sabina, Hazirah, Ili, Ardilla )
Setiap kumpulan haruslah juga membuat penyelidikan tentang tema " Melayu Baru ". Bahagian ini haruslah dikendalikan setelah bahagian-bahagian lain telahpun lengkap dan sempurna. Apabila mendapatkan maklumat tentang "Melayu Baru" ini, kamu haruslah dengan bijak, mengaitkan dengan tema yang mana kumpulan kamu telah kendalikan. Arahan lanjut akan diberikan pada minggu hadapan.

Subscribe to:
Posts (Atom)