Hari ini semua kumpulan telahpun berkongsi kertas cadangan masing-masing. Setiap kumpulan yang mendengar pembentangan rakan-rakan dikehendaki membuat catatan - iaitu kekuatan dan kelemahan peojek yang bakal dilaksanakan. Maklum balas yang membina sahaja yang diperlukan daripada setiap kumpulan yang mendengar pembentangan. Catatan yang dibuat haruslah diberikan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan kumpulan yang berkenaan haruslah rujuk ruangan ini untuk lihat sama ada terdapat komen yang membina yang diajukan kepada kumpulan kamu.
Harap maklum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syabas ! Semuanya kelihatan menarik. Jangan lupa untuk memuatkan video, lakonan, podcast, puisi, lagu mahupun kartun !! Buatlah pembentangan projek seberapa interaktif yang termampu !
ReplyDeleteKumpulan Ardilla
ReplyDeleteBagi Kumpulan Syazwani , perbentangan mereka telah disampaikan dengan jelas . Mereka boleh memperbaiki proposal dengan memeberi isi yang lebih untuk membantu mereka dalam projek ini .
Bagi Kumpulan Faiq , mereka boleh memperbaiki cara pembentangan mereka dengan merancang terlebih dahulu siapa akan memebentang setiap isi . Isi yang terkandung di dalam proposal mereka lengkap tetapi cara mereka mengatur isi-isi itu boleh diperbaiki .
Cikgu , saya hutang komenkomen yang lain kay :D
Pada Pendapat kami, kumpulan-kumpulan yg lain tidak begitu yakin apabila mereka membentangkan proposal. Mereka boleh memberi maklumat dengan lebih ringkas dan fasih.
ReplyDeleteKUMPULAN ARDILLA;
boleh mengajari kami bagaimana caranya untuk bermain permainan-permainan tradisional dan memberi kami peluang untuk mencuba.
KUMPULAN ALFI;
Boleh melakukan skit ataupun menunjukkan bagaimana pendidikan di jalankan.
KUMPULAN FAIQ;
Boleh memeberi tahu lebih tentang Sejarah Islam dan bagaimana ia telah berubah pada zaman kini. Dan juga bagaimana Orang Melayu kini yang tidak mengikut petunjuk-petunjuk Islam sebaik-baiknya.
KUMPULAN HAFIZAH;
pertama,kami agak tertarik dgn pembentangan mereka yg menjanjikan infomasi-infomasi yg amat mendalam. Kedua, mereka boleh memasuki bagaimana bahasa melayu telah berubah dengan masa kini.
NADHIRAH, NURIN, SYAHIRAH, INSYIRA .
Fithri(Kumpulan Pendidikan)
ReplyDeleteCikgu, saya ada 2 pertanyaan: Bagi jadual waktu projek kami, Adakah 'Minggu 1' minggu cuti Mac ini atau minggu 1 pd penggal 2? Bagi bengkel esok, bilakah ia akan bermula?
Itu sahaja, cikgu. Terima kasih.
Dari Kumpulan Pendidikan ( Fithri, Alfi, Danial )
ReplyDeleteKumpulan Bahasa Melayu ( Syazwani, Hafizah, Huda, Shahirah)
Kekuatan: Mereka telah membentangkan proposal mereka dengan jelas dan ia dapat difahami dengan senang.
Kelemahan: Mereka gagal dalam memberi kandungan yang berlebihan. Mereka boleh berbuat demikian untuk membantu memahami dengan mendalam tentang apa yang harus dikajikan oleh mereka. Sebagai contoh, mereka boleh memasukkan informasi tentang perbezaan penggunaan bahasa Melayu dahulu dan bahasa Melayu kini.
Kumpulan Permainan Rakyat ( Sabina, Hazirah, Ili, Ardilla )
Kekuatan: Mereka telah menyatakan bahawa mereka akan menunjukkan cara bermain permainan tradisional Melayu. Ini suatu cara yang baik untuk kami menyaksikan, secara visual, bagaimana permainan-permainan itu dipermainkan.
Kelemahan: Mereka boleh memberi kami peluang untuk mengikut serta dalam permainan-permainan untuk menarikkan lagi perhatian kami.
Kumpulan Islam & Kebudayaan Melayu (Hazim,Syafiq, Faiq, Faiz )
Kekuatan: Mereka hendak mencari informasi tentang kaitan-kaitan Islam dengan orang Melayu dahulu dan perbezaan, dari segi tingkah laku dan komitmen terhadap Islam, oleh orang Melayu dahulu dan orang Melayu kini.
Kelemahan: Mereka boleh memperbaiki proposal lebih lagi dengan mengatur kandungan-kandungan mereka dalam cara yang lebih bersistematik. Juga, mereka boleh memasukkan "Contoh-contoh bagaimana orang Melayu zaman kini tidak mengikut hukum-hakam agama Islam.
Kumpulan Nilai dan Etika Masyarakat Melayu ( Nurin, Nadhirah, Insyirah, Syahira)
Kekuatan: Mereka telah, secara mendadak, menjawab soalan dan yang ditanyakan oleh Cikgu Filza dan rakan-rakan. Ini membuktikan bahawa mereka telah memahami betul-betul apa yang hendak mereka membentangkan.
Kelemahan: Saya dapati bahawa dari segi membentangkan proposal mereka, bukan semua ahli kumpulan itu yang yakin tentang apa yang dibentangnya. Setiap pasukan harus mengetahui objektif dan kandungan projek mereka supaya mereka ditinggalkan dan akhirnya, tidak melakukan apa-apa.
Kami adaalah kumpulan 1 yang terdiri daripada Hafizah,Syazwani,Huda dan Shahirah.Kami ingin memberi pandangan kami tentang pembentangan kawan-kawan kita.
ReplyDeleteUntuk kumpulan pertama iaitu kumpulan Nadhirah yang membuat tentang nilai etika masyarakat Melayu,kami berpendapat bahawa mereka menerangkan informasi dengan terang dan amat mendalam.Mereka juga berjaya untuk memberikan contoh seperti meminta lalu.Namun,kami rasakan bahawa proposal mereka membosankan kerana tidak ada gambar pun yang diletakkan di slaid-slaid mereka selain slaid yang pertama.
Untuk kumpulan Ili,kami rasakan bahawa setiap ahli kumpulan mereka diberi peluang untuk membentangkan proposal mereka.Cadangan mereka untuk membawa permainan rakyat juga amat menarik kerana rakan-rakan sekelas akan berpeluang untuk mencuba permainan yang akan disediakan.Tetapi, kami bersependapat bahawa mereka tidak menyediakan diri untuk membentangkan proposal mereka.
Untuk kumpulan Faiz pula, kami merasakan bahawa semua ahli kumpulan diberi peluang untuk bercakap dan dengan itu, kami rasa ia adalah sebuah pembentangan yang adil. Namun kami rasa mereka melengah-lengahkan pembentangan mereka.Ada beberapa ahli kumpulan mereka yang tidak berasa yakin untuk membentangkan proposal mereka.Mreka seharusnya merasa yakin.Selain daripada itu,kami rasakan informasi yang diberi adalah cukup dan menarik.
Untuk kumpulan terakhir,iaitu kumpulan Danial, kami berpendapat bahawa kumpulan mereka banyak membaca daripada powerpoint.Tidak informasi tambahan yang dikongsi.Mereka juga tidak member contoh-contoh.Namun,mereka telah melakukan sesuatu yang amat menarik dan lain daripada kumpulan-kumpulan lain iaitu membuat ‘mind map’ atau pita minda.
Kami tidak sabar lagi untuk menyaksikan pembentangan kawan-kawan!