Sunday, August 15, 2010

Syurga Cinta Bhg 1

Selamat menonton :)

Jangan lupa renungan ! ( Renungan harus berdasarkan apa yang telah saya tekankan dalam Syurga Cinta - Pengenalan ).




Setiap kumpulan akan komen bahagian-bahagian yang tertentu:

Kumpulan 1 : Tema / Persoalan
Kumpulan 2 : Latar / Plot / Konflik
Kumpulan 3 : Watak dan Perwatakan ( Utama & Sampingan )

Kamu akan ulang aktiviti ini untuk setiap bahagian klip video ( Bhg 1 hingga 9 ).

6 comments:

  1. Muhammad Fithri Bin Sadar 3E7(Kumpulan 3)

    Watak Utama: Irham
    - Melakukan maksiat-maksiat(cth: pergi kelab disko, minum minuman keras, berzina, merokok)
    - Kaya(cth: mempunyai kereta mewah yang tersendiri)
    - Tidak kuat imannya(cth: melalui masjid tanpa mengunjunginya untuk bersolat)
    - Kurang sopan santun terhadap ayahnya(Cth: "What the hell?" pada 05:25/10:06)
    - Tidak menganggap Iqmal sebagai adiknya sendiri
    - Malas(Cth: Tidak mahu bekerja)

    Watak Sampingan: Iqmal
    - Adik angkat Irham
    - Suka meminta-minta

    Watak Sampingan: Bapa Irham
    - Tidak memarahi/mendenda Irham walaupun ternampak seorang wanita yang bukan marham di bilik Irham
    - Mempunyai rumah yang agak mewah dan bekerja yang berpendapatan tinggi

    Watak Sampingan: Kawan-kawan Irham
    - Sekaki dengan Irham(membuat maksiat)

    ReplyDelete
  2. Nadhirah Mohd Rapi -Kumpulan 2

    Dari permulaan filem,saya dapat latar cerita adalah mengenai kehidupan sebuah keluarga yang kaya-raya tetapi gaya kehidupan mereka dipengaruhi gaya barat sehingga mereka sekeluarga sesat jalan.

    Dari Bahagian Satu ini,kami boleh lihat anak sulung mereka,Ilham,mengikut sahaja kehendak nafsunya.Contoh,kunjungannya ke kelab malam, bermalam dengan gadis yang baru ditemui dan lain-lain lagi.Jalan cerita dikembang lagi dengan watak-watak smapaingan seperti ayah dan adik angkatnya.

    ReplyDelete
  3. Tema/persoalan
    Bhg 1:
     Bapa yang tidak begitu kisah tentang anaknya ( mengapa bapanya tidak menegur Irham yang membuat perkara yang tidak senonoh)
     Hidup yang penuh dengan maksiat
     Adat-adat orang melayu sudah hilang pada dirinya (mengapa harus begitu mengikut orang-orang barat hingga lupa akan dirinya sebagai seorang melayu yang Islam)
     Pengaruh yang begitu kuat dari negeri barat --- lupa akan halal dan haram (mengapa biarkan dirinya dipengaruhi dengan perkara-perkara yang penuh dengan maksiat sedangkan dia tahu dia Islam)
     kawan-kawan Irham memberinya satu cabaran (mengapa harus angkuh dan terima cabaran kawan-kawanya itu untuk menunjukkan dirinya yang hebat dan untuk mendapatkan wang)

    Nurhazirah 3E6

    ReplyDelete
  4. Kumpulan 3.
    Watak Utama - Ilham
    -Seorang yang liar. Dia mengunjungi sebuah kelab dan minum minuman haram. Dia membuat maksiat dan suka berseronok.
    -Dia tidak kuat agama. Dia melalui sebuah masjid tanpa menghiraukan dengan membuka radio dengan amat kuat. Dia membawa pulang seorang wanita dan mereka tidak mempunyai apapun hubungan.
    -Dia seorang yang biadab. Dia bertutur dalam bahasa yang kurang sopan tidak kira di hadapan kawan-kawannya ataupun bapanya.

    Watak Sampingan- Bapa Ilham.
    -Dia tidak memberikan ajaran agama kepada anak-anaknya. Walaupun dia tahu Ilham telah melakukan maksiat dengan seorang wanita yang tidak dikenali, dia tidak mempedulikan dan hanya melihat sahaja. Disampingnya, dia hanya senyum dengan tanda menggalak Ilham berbuat sedemikian.

    Watak Sampingan- Iqmal (Adik angkat Ilham)
    -Dia tidak mempedulikan walaupun Ilham tidak membenarkan dia memanggilnya Ilham.

    Watak Sampingan- Kawan-kawannya
    -Juga seperti Ilham, melakukan perkara-perkara yang haram terhadap peraturan agama.

    ReplyDelete
  5. Sabina 3E4 Kumpulan 3

    Watak Utama: Irham.

    1. Sikap kebaratan dan tidak kuat agama.
    - kunjungi 'disco'
    - minum arak
    - tindik telinga
    - pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita
    - berzina

    2. Biadap.
    - mengatakan kata yang pesat kepada bapa
    - mempersendakan wanita yang memakai tudung
    - duduk kurang sopan di awam

    3. Kaya.
    - rumah dan kereta mewah


    Watak Sampingan: Adik angkat Irham, Iqmal.

    1. Dimanjakan.
    - gemar meminta-minta
    - semunya harus diaturkan


    Watak Sampingan: Bapa Irham.

    1. Tidak cerdik mendidik anak.
    - tidak menegur anaknya yang telah berzina
    - tidak menghiraukan anaknya yang tindik telinga
    - tidak prihatin tentang anaknya yang sering pulang lewat


    Watak Sampingan: Teman-teman Irham.

    1. Biadap.
    - berpakat untuk mempersendakan wanita
    - memainkan kata-kata ibunya yang menyuruhnya untuk berkahwin dengan wanita yang berpakai tudung

    2. Tidak kuat agama.
    - menggunakani wang taruhan sebagai hadiah

    ReplyDelete
  6. Tema:
    - terpengaruh dengan adat barat
    - lupakan asal usul diri dan agama
    - bapa yang tidak kisah akan anaknya yang kelakuan tidak senonoh
    - angkuh

    Persoalan:
    - Mengapa Irham bersikap seperti begitu, berkelakuan tidak senonoh?
    - Mengapa bapanya tidak kisah akan kelakuan anaknya yang tidak senonoh?

    Ili Humeira 3E6

    ReplyDelete