Sunday, August 15, 2010
Syurga Cinta - Pengenalan
Setelah penat membaca, kini giliran kamu menonton filem pula ya...ada 9 bahagian kesemuanya untuk filem yang berjudul Syurga Cinta ini. Ada beberapa perkara yang saya ingin kamu perhatikan semasa menonton filem ini :
1. Latar yang digunakan pengarah.
2. Watak ( yang menjadi pengerak utama cerita ini ) - perhatikan cara watak dilukiskan. Adakah konflik wujud pada diri watak ? Apakah kesan daripada konflik tersebut ? Adakah setiap konflik yang muncul dapat diselesaikan oleh watak ? Sudah tentu konflik yang paling berat dan besar hanya akan dapat diselesaikan di akhir cerita....kamu hanya akan dapat tentukan kejayaan watak menyelesaikan konflik itu dalam bahagian-bahagian terakhir filem ini !
3. Plot / Jalan cerita. Perhatikan bagaimana watak dan plot ini saling memerlukan untuk mengukuhkan cerita ini.
4. Apakah fungsi watak sampingan yang diwujudkan ? Ingat, dalam karangan kamu nanti, jika kamu ada watak sampingan, pastikan watak tersebut berfungsi, jikalau tidak, tidak guna adakan watak sampingan !
5. Bahasa yang digunakan merupakan bahasa untuk pembikinan filem - sudah tentu kamu tidak boleh tiru 100 peratus bahasa yang digunakan. Kamu haruslah ubah suai ya ! Bahasa mesti baku, cuma jika kamu dapat tangkap bahasa 'cantik' yang digunakan, apa salahnya 'pinjam' untuk tujuan ingin belajar dan skor A untuk peperiksaan :)
Baiklah, saya ingin kamu mulakan tugas ini. Sila buat renungan setelah tamat setiap bahagian filem ini. Tuliskan nama kamu sebelum mulakan renungan tersebut.
Selamat menonton dan bertugas !
Cikgu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment