Sunday, August 15, 2010
Syurga Cinta Bhg 9
Ini merupakan bahagian filem yang terakhir. Berikan pandangan kamu setelah tamat menonton seluruh filem ini.
Syurga Cinta Bhg 7
Jangan lupa buat renungan ya !
Kumpulan 1 : Tema / Persoalan
Kumpulan 2 : Latar / Plot / Konflik
Kumpulan 3 : Watak dan Perwatakan ( Utama & Sampingan )
Syurga Cinta Bhg 6
Tuliskan renungan apa yang tekah ditonton mengikut tugasan kumpulan masing-masing.
Syurga Cinta Bhg 5
Jangan lupa teruskan dengan renungan kamu mengikut bahagian ( kumpulan ) masing-masing.
Syurga Cinta Bhg 4
Kumpulan 1 : Tema / Persoalan
Kumpulan 2 : Latar / Plot / Konflik
Kumpulan 3 : Watak dan Perwatakan ( Utama & Sampingan )
Syurga Cinta Bhg 2
Jangan lupa buat renungan di dalam ruangan di bawah ya !
Kumpulan 1 : Tema / Persoalan
Kumpulan 2 : Latar / Plot / Konflik
Kumpulan 3 : Watak dan Perwatakan ( Utama & Sampingan )
Syurga Cinta Bhg 1
Selamat menonton :)
Jangan lupa renungan ! ( Renungan harus berdasarkan apa yang telah saya tekankan dalam Syurga Cinta - Pengenalan ).
Setiap kumpulan akan komen bahagian-bahagian yang tertentu:
Kumpulan 1 : Tema / Persoalan
Kumpulan 2 : Latar / Plot / Konflik
Kumpulan 3 : Watak dan Perwatakan ( Utama & Sampingan )
Kamu akan ulang aktiviti ini untuk setiap bahagian klip video ( Bhg 1 hingga 9 ).

Syurga Cinta - Pengenalan
Setelah penat membaca, kini giliran kamu menonton filem pula ya...ada 9 bahagian kesemuanya untuk filem yang berjudul Syurga Cinta ini. Ada beberapa perkara yang saya ingin kamu perhatikan semasa menonton filem ini :
1. Latar yang digunakan pengarah.
2. Watak ( yang menjadi pengerak utama cerita ini ) - perhatikan cara watak dilukiskan. Adakah konflik wujud pada diri watak ? Apakah kesan daripada konflik tersebut ? Adakah setiap konflik yang muncul dapat diselesaikan oleh watak ? Sudah tentu konflik yang paling berat dan besar hanya akan dapat diselesaikan di akhir cerita....kamu hanya akan dapat tentukan kejayaan watak menyelesaikan konflik itu dalam bahagian-bahagian terakhir filem ini !
3. Plot / Jalan cerita. Perhatikan bagaimana watak dan plot ini saling memerlukan untuk mengukuhkan cerita ini.
4. Apakah fungsi watak sampingan yang diwujudkan ? Ingat, dalam karangan kamu nanti, jika kamu ada watak sampingan, pastikan watak tersebut berfungsi, jikalau tidak, tidak guna adakan watak sampingan !
5. Bahasa yang digunakan merupakan bahasa untuk pembikinan filem - sudah tentu kamu tidak boleh tiru 100 peratus bahasa yang digunakan. Kamu haruslah ubah suai ya ! Bahasa mesti baku, cuma jika kamu dapat tangkap bahasa 'cantik' yang digunakan, apa salahnya 'pinjam' untuk tujuan ingin belajar dan skor A untuk peperiksaan :)
Baiklah, saya ingin kamu mulakan tugas ini. Sila buat renungan setelah tamat setiap bahagian filem ini. Tuliskan nama kamu sebelum mulakan renungan tersebut.
Selamat menonton dan bertugas !
Cikgu
Friday, August 13, 2010
Perkongsian Cerpen Yang Telah Dibaca
Untuk membaca ringkasan dan ulasan cerpen serta mendapatkan frasa-frasa menarik yang telah ditarik keluar dan dikumpulkan, sila ke lelaman Wikispaces di bawah ini :
ulasan-cerpen-3hml2010.wikispaces.com
Cikgu
ulasan-cerpen-3hml2010.wikispaces.com
Cikgu
Tuesday, August 10, 2010
Mendapatkan Ilham Melalui Pembacaan Cerpen
Tugas
1. Baca 4 buah Cerpen pilihan. Pilih cerpen-cerpen yang menarik dan berbeza ( kalau boleh ) daripada pilihan kawan-kawan yang lain.
2. Bila membaca, perhatikan :-
a. Frasa-frasa menarik yang digunakan dan catatkan dalam buku nota kamu ( ataupun MS Word ).
b. Dialog yang digunakan. Catatkan cara penulis menulis dan menggunakan dialog – contoh:
i. “ Tidakku sangka !” teriak suara yang semakin meninggi yang hampir menembusi atap rumah yang usang itu.
ii. “ Manalah aku sangka….,” menggeletar suara yang penuh kehampaan dan kedukaan itu.
3. Buat ringkasan & ulasan cerpen yang telah dibaca – catatkan plot ( jalan cerita yang digunakan, unsur suspens dan sebagainya )

Thursday, July 22, 2010
Renungan Latihan Kendiri Surat Rasmi - Kekuatan & Kelemahan
Kamu dikehendaki mencatatkan 3 kekuatan dan 3 kelemahan kamu setelah kamu habis menyemak tugasan kamu. Gunakan nota yang telah saya muatkan di dalam Google Documents untuk dijadikan bahan rujukan untuk menyemak. Ingat - simpan tugasan kamu dengan betul. Saya TIDAK MAHU KAMU MELAKUKAN KESALAHAN FORMAT mulai dari hari ini !!!!
Sebelum memasukkan renungan kamu, pastikan kamu menulis nama dan kelas kamu terlebih dahulu.
Cikgu
Sebelum memasukkan renungan kamu, pastikan kamu menulis nama dan kelas kamu terlebih dahulu.
Cikgu
Monday, March 8, 2010
9 Mac2010 : Pembentangan Kertas Cadangan
Hari ini semua kumpulan telahpun berkongsi kertas cadangan masing-masing. Setiap kumpulan yang mendengar pembentangan rakan-rakan dikehendaki membuat catatan - iaitu kekuatan dan kelemahan peojek yang bakal dilaksanakan. Maklum balas yang membina sahaja yang diperlukan daripada setiap kumpulan yang mendengar pembentangan. Catatan yang dibuat haruslah diberikan kepada kumpulan-kumpulan tertentu dan kumpulan yang berkenaan haruslah rujuk ruangan ini untuk lihat sama ada terdapat komen yang membina yang diajukan kepada kumpulan kamu.
Harap maklum
Harap maklum
Sunday, March 7, 2010
8 Mac 2010 - Kertas Cadangan
Pada hari ini kamu akan berbincang dengan kumpulan masing-masing bagi menyediakan kertas cadangan tentang projek yang bakal kamu laksanakan. Sediakan kertas cadangan yang lengkap dan menarik agar dapat sokongan dan pengesahan daripada rakan-rakan dan juga saya. Bentangkan kertas cadangan kamu itu dalam bentuk MS PP esok. Setiap anggota kumpulan wajib mengambil bahagian dalam pembentangan itu kelas. Dalam kertas Cadangan kamu harus mengandungi :
1. Tajuk projek kamu.
2. Fokus projek.
3. Perkara-perkara penting yang akan kamu ketengahkan dalam projek kamu ( pecahan kandungan projek ).
4. Cara penyampaian ( MS PP alat utama, lakonan ? Video ? Podcast ? Pantun ? Lagu ? )
5. Nyatakan bahan-bahan yang bakal digunakan untuk mengukuhkan projek kamu ( alamat lelaman, tajuk majalah, suratkhabar, buku dan lain-lain ).
Selamat bertugas !!

Monday, March 1, 2010
Projekku ! 2 Mac 2010
Terdapat 5 tema yang akan diselidiki dengan secara lebih mendalam. Setiap kumpulan ditugaskan untuk fokus kepada tema pilihan dan mencari bahan bagi dijadikan bahan projek. Tema-tema tersebut ialah :
a)Bahasa Melayu ( Syazwani, Hafizah, Huda, Shahirah)
b)Islam & Kebudayaan Melayu (Hazim,Syafiq, Faiq, Faiz )
c)Nilai dan Etika Masyarakat Melayu ( Nurin, Nadhirah, Insyirah, Syahira)
d)Pendidikan ( Fithri, Alfi, Danial )
e)Permainan Rakyat ( Sabina, Hazirah, Ili, Ardilla )
Setiap kumpulan haruslah juga membuat penyelidikan tentang tema " Melayu Baru ". Bahagian ini haruslah dikendalikan setelah bahagian-bahagian lain telahpun lengkap dan sempurna. Apabila mendapatkan maklumat tentang "Melayu Baru" ini, kamu haruslah dengan bijak, mengaitkan dengan tema yang mana kumpulan kamu telah kendalikan. Arahan lanjut akan diberikan pada minggu hadapan.

Sunday, February 28, 2010
1 Mac : Orang Melayu dan Sejarah Asal Usulnya
Setelah membaca bahan yang telah diedarkan, saya ingin kamu menjawab soalan-soalan berikut :
1. Apakah kini yang kamu fahami tentang erti etimologi perkataan "Melayu" ?
2. Namakan beberapa perbezaan yang ketara mengenai orang Melayu "dulu" dan orang "Melayu" yang kamu kenali kini.
3. Sila kongsi bersama rakan-rakan yang lain alamat lelaman yang mengandungi maklumat lain / lanjut tentang orang Melayu.
Selamat bertugas...Hidup Melayu !

Subscribe to:
Posts (Atom)